Bicara Mata Ini
Bicara Mata Ini

Bicara Mata Ini

Bicara Mata Ini merupakan album ketiga bagi penyanyi Elyana yang diterbikan oleh label FMC pada tahun 2005 dan bergenrekan Pop Rock dengan sentuhan Punk Pop, Funk, dan Free Pop. Ia merupakan kolaborasi jitu pertama Elyana bersama "sifu"nya Aidit Alfian menerusi satu album.Aidit menerbitkan single Tak Tercapai Akalmu (ciptaan beliau sendiri) dan Diriku Tapak Sulaiman (ciptaan Alim The Times) yang meletakkan kembali nama Elyana dalam senarai artis remaja popular dan memberi kelainan. Elyana juga mengundang rakan baiknya, gitaris Hujan AG Coco untuk mencipta lagu Missed Call dan Pakai Kanta Cinta yang juga diterbitkan oleh Aidit. Ini merupakan penyertaan pertama AG sebagai komposer baru dan dipantau oleh Aidit sendiri. Kebanyakan lirik lagu ditulis oleh dua penulis lirik handalan Ad Samad dan Loloq. Komposer muda lain yang turut serta dalam album ini adalah Rizal (The Maggots). Kebanyakan lagu juga dimuatkan dalam siri TV Dunia Baru yang ditayangkan sepanjang tahun 2006 hingga 2008.

Bicara Mata Ini

Dikeluarkan pada 8 September 2005 (2005-09-08)
Penerbit Aidit Alfian
Ajai
Dirakam pada 2005
Genre Pop Rock, Funk Pop,
Syarikat Fantasia Music City (FMC)